SAHABAT

Sabtu, 26 Februari 2011

POKOK PETAI MENCABAR BERTARUNG


BARU saja mahu melelapkan mata isteri saya menggerakkan kerana ada orang memanggil dari tengah halaman. Dalam keadaan terkuap-kuap itulah saya memetik lampu lalu membuka pintu hadapan. Seorang lelaki separuh umur terkial-kial menupang motorsikal hondanya. "Maaflah ustaz saya mengganggu..." cepat-cepat dia bersuara sebaik saja pintu terbuka. Saya tersengih-sengih sambil terkuap-kuap. Mata memang sudah mengantuk walau pun baru pukul 10 lebih. Tetapi sudah menjadi kelaziman saya tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada tengah malam. Bangun tengah malam ini pun bukanlah dilakukan setiap malam, cuma saya lakukan apabila malam Jumaat. Saya akan melakukan Sunat Tahjud diikuti dengan Sunat Tasbih juga.

Khamis, 24 Februari 2011

HANTU PONTIANAK TERSESAT

KESIHAN saya mendengar cerita Jali mengenai kematian emaknya semasa melahirkan anak kira-kira 20 tahun dulu. Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar. Apakah langsuyar ini saya sendiri pun tidak pernah menemuinya.