SAHABAT

Isnin, 11 Julai 2011

LEMBAGA BERKEPALA BOTAK KELUAR DARI TOMPOK-TOMPOK HITAM


SAWAH kering terbentang selepas sahaja penduduk-penduduk kampung habis menuai. Siang hari anak-anak muda berlari di tengah sawah bermain layang-layang sambil mendongak ke awan memerhati layang-layang terapung di udara. Hanya di tengah sawah itulah anak-anak muda kampung bermain menghulurkan tali layang sambil mendengarkan dengungnya yang merdu mengiang-ngiang di udara.

Jumaat, 1 Julai 2011

LELAKI TUA BERKEPALA BUAYA


SUDAH menjadi kebiasaan selesai sahaja Maghrib saya akan membaca Al-Quran menunggu masuk waktu Isya'. Berulang kali habiskan membaca tiga puluh juzu' Al-Quran itu semakin terasa terlalu kerdil diri sejak bertahun-tahun dulu. Memang isteri saya tidak akan mengganggu sekiranya saya masih membaca Al-Quran di dalam bilik sekalipun kawan-kawan rapat menelefon.

Ahad, 19 Jun 2011

TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK


BERPELUH-PELUH seluruh badan akibat menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Ucu Mahali tidak peduli apa-apa kalau sudah turun ke kebun. Dia tidak boleh duduk diam semenjak masuk ke felda, disebabkan terpaksa bekerja keras sepanjang hari.

Sabtu, 30 April 2011

PUKUL CUCU UNTUK MATIKAN DATUK

SELAMA tiga hari tiga malam Tok Sagak terkejang di tengah rumah dihadap oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Nafasnya kencang turun naik dengan mata terpejam. Badannya sudah tidak bergerak selama tiga hari tiga malam itu juga. Orang-orang kampung sudah tiga malam juga berturut-turut berhimpun sampai empat puluh orang membacakan Yassin. Tetapi Tok Sagak tercungap-cungap juga terkejang di tempat tidurnya. Anak-anak dan cucu-cucunya memang rela dia menghembuskan nafasnya lebih cepat dari terkejang saja tidak bergerak-gerak. Masing-masing berdoa biarlah Tok Sagak menghembuskan nafas dengan aman tenteram, asalkan tidak menanggung kepayahan seperti yang dideritainya ketika itu.

Isnin, 18 April 2011

DURI IKAN SEMBILANG DITUSUK KE KEPALA


KEMERIAHAN majlis perkahwinan yang berlangsung di rumah Mat Sunud bertukar menjadi muram. Sebelum berlangsung majlis berinai pada sebelah malamnya, telah berlaku kekecohan di sebelah petangnya ketika rombongan pengantin lelaki datang dari Tangkak di Johor. Keputusan kedua pihak keluarga pada peringkat awalnya sudah dimungkiri. Semasa perundingan awal diadakan bagi melangsungkan perkahwinan Masimah anak gadis Mat Sunud di Tanjung Karang, memang sudah dipersetujui majlis persandingan hanya diadakan di sebelah pihak perempuan saja.

Selasa, 29 Mac 2011

LEMBAGA BERKELAHI SESAMA SENDIRI


MATAHARI sudah tergelincir hingga bayang pohon-pohon getah juga menjadi redup, semasa Pak Tua Mahat menyandarkan basikalnya di sebatang pokok getah tua. Dia memang tahu kebun getah kepunyaan Haji Mat Deman adik iparnya itu di darat kampung, kerana Ngah Jiyah sendiri memberitahu abangnya di kawasan kebun getah itu memang keras puakanya. Tetapi Mat Deh tidak percaya sangat dengan cerita emaknya mengenai puaka di kawasan kebun getah itu. Ngah Jiyah percaya mengenai puaka di situ disebabkan kebun getah itu dibeli oleh suaminya semasa selepas Jepun memerintah. Di sempadan dengan kebun getah sebelahnya terdapat dua buah kubur lama yang dipercayai tuan punya tanah tersebut  sejak lebih tujuh keturunan. Kubur lama itu terletak di atas busut tinggi sehingga jelas nampak batu nisannya yang tergendeng separas pinggang. Ngah Jiyah juga mendengar cerita mengenai batu nisan itu yang hidup kerana pada mulanya hanya seketul batu dari sungai saja diletakkan di situ. Tetapi selepas lebih tujuh keturunan itu batu berkenaan dikatakan hidup lantas meninggi sehingga sampai separas pinggang.

Selasa, 8 Mac 2011

LELAKI GIGI RONGAK


SEHINGGA pukul 11 malam Razi masih belum membuat keputusan untuk balik ke kampungnya di Pulau Sebang di Melaka. Tidaklah jauh sangat dari Kuala Lumpur ke Pulau Sebang, dalam 2 jam setengah pun boleh sampai. Anak dan isterinya sudah balik seminggu lebih awal, kerana persediaan adiknya yang akan berkahwin. Serba salah juga dia sama ada mahu balik malam itu juga atau pada esok paginya. Maklum sajalah kalau balik pada malam itu pun tidak ada gunanya kerana majlis pernikahan sudah pun berlangsung kira-kira pukul 9.30 malamnya. Dia sudah berjanji dengan isterinya Ani untuk balik juga ke Pulau Sebang pada malam tersebut, tetapi tidak jadi disebabkan urusannya dengan seorang kontraktor tidak selesai.

Sabtu, 26 Februari 2011

POKOK PETAI MENCABAR BERTARUNG


BARU saja mahu melelapkan mata isteri saya menggerakkan kerana ada orang memanggil dari tengah halaman. Dalam keadaan terkuap-kuap itulah saya memetik lampu lalu membuka pintu hadapan. Seorang lelaki separuh umur terkial-kial menupang motorsikal hondanya. "Maaflah ustaz saya mengganggu..." cepat-cepat dia bersuara sebaik saja pintu terbuka. Saya tersengih-sengih sambil terkuap-kuap. Mata memang sudah mengantuk walau pun baru pukul 10 lebih. Tetapi sudah menjadi kelaziman saya tidur awal sedikit kerana akan bangun semula pada tengah malam. Bangun tengah malam ini pun bukanlah dilakukan setiap malam, cuma saya lakukan apabila malam Jumaat. Saya akan melakukan Sunat Tahjud diikuti dengan Sunat Tasbih juga.

Khamis, 24 Februari 2011

HANTU PONTIANAK TERSESAT

KESIHAN saya mendengar cerita Jali mengenai kematian emaknya semasa melahirkan anak kira-kira 20 tahun dulu. Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar. Apakah langsuyar ini saya sendiri pun tidak pernah menemuinya.