SAHABAT

SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan izin Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya dapat membuat blog ini yang tujuan utama saya bukanlah untuk mengeksploitasi karya-karya asal Tok Awang Ngah. Nawaitu saya tidak lain hanyalah untuk menyimpan karya-karya yang bagi saya tidak ternilai nilai estetikanya, dalam bentuk yang lebih moden dan terpelihara bentuknya.

Bagi saya sendiri atau individu dan orang perseorangan yang mengikuti karya-karya Tok Awang Ngah tentu amat mengenali Siri Bekelahi Dengan Syaitan(SBDS) yang terhimpun di dalamnya koleksi-koleksi yang diterjemahkan oleh Tok Awang Ngah melalui pengalaman beliau dalam bentuk penulisan. Alhamdulillah sekali lagi saya bersyukur pada Allah kerana telah menemukan saya dengan SBDS walaupun pada hakikatnya saya tidak pernah menemui penulis asal iaitu Tok Awang Ngah. Namun sebagai satu cara menghargai karya-karya beliau saya berdoa pada Allah agar Tok Awang Ngah dirahmati Allah walau di mana pun beliau berada, Insyaallah.

Insyaallah saya akan berusaha untuk membuat yang terbaik dalam menulis karya-karya beliau dalam blog ini. Sekian sekiranya ada kekurangan itu jelas berpunca dari kelemahan saya dan segala kelebihan itulah milik Allah, Wallahua'lam..